Nak Tambah Klas Lesen



Lesen Kereta nak Tambah Motorsikal.






Sudah memiliki lesen kerete (D). Tapi lesen motorsikal tak ada. Macamana nak buat. Langkah pertama kena cari lesen L yang lama tu.Ada kelas B2 atau B tak. Kalau ada lesen L tu kena la renew. Baru boleh belajar motorsikal untuk tambah kelas. Kalau tak nak belajar pun boleh. Tapi kena tampal L la kat motor tu depan dan belakang. Lepastu kena naik seorang sahaja.
Langkah kedua pula kalau Lesen L yang lama tu tak ada kelas B/B2. Anda terpaksalah mengikuti kelas Teori dan Amali  Kelas B2 atau B. Baru Lesen L kelas B2 atau B dapat dikeluarkan. Harus diingat kelas B2 kelas cc adalah di bawah 250cc manakala kelas B semua kelas cc. Sesudah dapat L barulah boleh belajar memandu motorsikal. Langkah ketiga. Menduduki ujian praktikal JPJ. Terdapat 2 bahagian. Bahagian 2 terdiri daripada meniti atas titi, kon, brek kecemasan, pusingan angka 8 dan selekoh tajam. manakala bahagian 3 adalah menunggang di atas jalan raya.



Contoh Lesen L yang mempunyai semua kelas Lesen Memandu.





Lesen Moto nak tambah kereta


Apa yang perlu anda buat.....
Lihat pada anda punya lesen L yang dah lama tu. Ada kelas D tak... Kalau ada renew lesen L dan boleh terus belajar memandu kereta.

Sekiranya lesen L anda tiada kelas D anda perlulah menghadiri kursus teori sahaja. kemudian Lesen L kelas D akan dikeluarkan.. Kemudian barulah anda boleh belajar memandu.

Sebarang kemusykilan sila hubungi
Kak Ina-012-857874